Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya  DDT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik, buat pilihan program DDT di Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek yang diminati.

Politeknik yang menawarkan trek Software & Application Development :-
• Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
• Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
• Politeknik Seberang Perai
• Politeknik Balik Pulau
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Sultan Idris Shah
• Politeknik Mersing
• Politeknik Muadzam Shah
• Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
• Politeknik Kuala Terengganu
• Politeknik Kuching
• Politeknik Mukah
• Politeknik Besut

Politeknik yang menawarkan trek Networking System :-

  • Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
    • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
    • Politeknik Seberang Perai
    • Politeknik Balik Pulau
    • Politeknik Ungku Omar
    • Politeknik Sultan Idris Shah
    • Politeknik Mersing
    • Politeknik Muadzam Shah
    • Politeknik Kuala Terengganu
    • Politeknik Kuching
    • Politeknik Mukah

    Politeknik yang menawarkan trek Information Security :-
    • Politeknik METrO Tasek Gelugor
    • Politeknik Ungku Omar
    • Politeknik Mersing

    Politeknik yang menawarkan trek Game Development :-
    • Politeknik METrO Kuala Lumpur

PROSPEK KERJAYA

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti:puter Application Programmer
•• Software Tester
• System Support Personnel
• Systems Programmer
• Network Support Personnel
• Network Administrator
• IT Supporting Engineer
• Assistant Network Engineer
• Technical Helpdesk / Support
• Database Programmer
• System Analysts Assistant
• Software Developer
• Database Administrator