PENGENALAN

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Besut Terengganu merupakan jabatan sokongan kepada Jabatan Induk iaitu Jabatan Teknologi Maklumat . Semasa Politeknik Besut Terengganu ditubuhkan pada tahun 2017 jabatan JPA hanya diterajui oleh 1 orang staf  dan kini telah mempunyai 4 orang pensyarah , 2 dari unit Pendidikan Islam dan 2 lagi dari unit Bahasa.

 

KURSUS YANG DITAWARKAN

Jabatan JPA menawarkan 2 kursus iaitu :

  1. kursus Pengajian Islam
  2. kursus English for Digital Teknologi bagi pelajar program Diploma Teknologi Digital.

KURSUS PENGAJIAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa sementara KURSUS ENGLISH FOR DIGITAL TECHNOLOGY pula bertujuan menyediakan pelajar dengan kemahiran komunikasi yang diperlukan semasa pelajar memasuki alam pekerjaan

 

MISI

JPA PBT komited menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi melahirkan insan graduan yang berktrampilan, bersaksiah mulia dan berkebolehan dalam berbahasa Inggeris

 

OBJEKTIF

1.Membentuk sahsiah dan ketrampilan pelajar yang berlandaskan ajaran Islam

2.Melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut emosi, rohani, intelektual serta memiliki akhlak yang mulia

3.Meningkatkan penguasaan dan kebolehan berbahasa Inggeris agar mampu bersaing diperingkat global