Pengenalan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) di Politeknik Besut Terengganu merupakan unit yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar dalam pelaksanaan urusan dan aktiviti yang berkaitan Latihan Industri bermula daripada sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.

Latihan Industri merupakan salah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar. Ia juga merupakan satu kursus yang disyaratkan lulus sebelum pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelajar perlu mendaftar kursus Latihan Industri satu semester lebih awal sebelum ditempatkan di mana-mana firma, jabatan, syarikat atau organisasi yang sesuai dengan bidang pengajian mereka. Tempoh pelajar menjalani Latihan Industri adalah selama 20 minggu.

 

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar:

  1.   Mengaplikasi teknologi yang dipelajari
  2.   Berkomunikasi dengan berkesan
  3.   Mengamalkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan
  4.   Sentiasa mematuhi polisi, prosedur, peraturan organisasi dan beretika
  5.   Menghasilkan laporan latihan industri

 

Peranan dan Fungsi Unit Perhubungan & Latihan Industri

  1. Memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri
  2. Mengurus penempatan tempat latihan industri yang bertepatan dengan program pengajian pelajar
  3. Mengurus dan mengatur penyeliaan semasa pelajar menjalani latihan industri
  4. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan latihan industri
  5. Mengurus proses penilaian setelah pelajar tamat menjalani latihan industri