PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) adalah salah sebuah jabatan akademik induk di Politeknik Besut Terengganu. Jabatan ini mula beroperasi dengan pengambilan pertama pada sesi Jun 2017. Kini, JTMK sedang melahirkan graduan-graduan ICT yang berketerampilan melalui program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) bagi trek Software & Application Development. JTMK dilengkapi dengan bilik kuliah dan makmal komputer bagi menyokong capaian hasil pembelajaran praktikal dan teori bagi semua kursus.

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) (DDT)

Trek Software & Application Development