PENGENALAN

Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan merupakan sebuah unit teknikal yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihkan kemudahan fasiliti & infrasruktur yang disediakan secara efektif dan berkesan. Ia memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti pembangunan dan naiktaraf kemudahan bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti tinggi serta berkesan untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada warga Politeknik Besut Terengganu.

Penyelengaraan yang tidak sempurna akan memberi kesan negetif terhadap segala kemudahan yang disediakan.Dalam usaha untuk menghasilkan penyelenggaraan yang berkualiti,satu pendekatan yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan agar segala rungutan dan aduan yang berkaitan dengan infastruktur perlu diberi tindakan segera bagi menjamin segala aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan sempurna.

 

OBJEKTIF

  1. Memastikan segala kemudahan infrastruktur di Politeknik Besut Terengganu (PBT) berfungsi dengan baik supaya ianya dapat menjadikan politeknik ini ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.
  2. Menyediakan kemudahan yang sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa di Politeknik Besut Terengganu untuk melahirkan graduan yang berpotensi tinggi untuk negara.

A.PEMBANGUNAN

  1. Menguruskan pembangunan besar dan kecil yang melibatkan infrastruktur politeknik
  2. Merancang dan megurus perhubungan dengan pihak berkuasa tempatan mengenai pembangunan infrastruktur politeknik.
  3. Menguruskan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pembangunan infrastruktur.
  4. Merancang pembangunan dan penambahbaikan di dalam infrasturktur.
  5. Menyelaraskan pembaikan bangunan, kawasan kerja dan kemudahan kerja yang berkaitan termasuk perkhidmatan sokongan di Politeknik Besut Terengganu

B.PENYELENGARAAN

  1. Menyelenggara secara berterusan atau berkala ke atas infra (padang,bangunan, sistem peparitan, bekalan air bersih, kerja tanah), mekanikal (logi kumbahan dan  alat penghawa dingin) dan elektrik (pencawang, sistem rintangan api, sistem siaraya) yang telah siap.
  2. Menguruskan kerja-kerja pembaikan segera
  3. Menguruskan pembelian bekalan peralatan
  4. Menguruskan perkhidmatan dari kontraktor luar bagu kerja-kerja yang berkaitan.
  5. Menyelaras penyenggaraan kawasan kerja dan kemudahan yang berkaitan termasuk perkihdmatan sokongan.