Pengenalan

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk menjadi peneraju pembudayaan penyelidikan dan inovasi di kalangan warga politeknik. Ia berfungsi sebagai pusat bagi penyelarasan aktiviti penyelidikan dan inovasi seperti pertandingan atau pameran produk inovasi. Selain itu, membantu aktiviti pembentangan dan penerbitan kertas kerja penyelidikan.

  

Visi

Menjadi pusat penyelidikan dan inovasi yang unggul dalam bidang Teknologi Maklumat

 

Misi

Membangun dan membudayakan penyelidikan dan inovasi selari dengan perubahan dan keperluan semasa.

 

Objektif

Objektif adalah seperti berikut:

  1. Menyelaras, membangun dan memantau aktiviti penyelidikan dan inovasi.
  2. Meningkatkan keupayaan dan kemahiran penyelidikan warga politeknik.
  3. Menyebar dan bertukar maklumat penyelidikan dan inovasi.
  4. Membantu untuk mengkomersialkan produk hasil penyelidikan dan inovasi.