Unit Peperiksaan
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1449
PENGENALAN
Unit Peperiksaan Politeknik Besut Terengganu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi:
- menyelaras aktiviti penyediaan soalan peperiksaan;
- menyelaras aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir [merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPP];
- menyediakan tempat dan segala peralatan peperiksaan yang diperlukan;
- mengeluarkan arahan, peraturan dan pekeliling peperiksaan serta memastikan arahan tersebut dipatuhi;
- menjaga keselamatan bank soalan;
- memproses keputusan dan mengumumkan keputusan penilaian;
- menyediakan sijil/diploma kepada lulusan, dll