Unit Hal Ehwal Pelajar
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 1470
PENGENALAN
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) bertanggungjawab dalam kerja-kerja berkaitan dengan proses pengambilan pelajar seperti permohonan, pendaftaran, menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar. Unit ini juga bertanggungjawab memantau disiplin pelajar disamping memberi khidmat sokongan kepada pelajar dalam mendapatkan pinjaman atau biasiswa serta menguruskan perlindungan insuran takaful secara berkelompok. Selain dari itu, UHEP juga mempastikan kebajikan pelajar terjamin disepanjang tempoh berada di Politeknik Besut.
Aktiviti Utama :
i) Pendaftaran Dan Rekod Pelajar:
Mengurus kemasukan dan penyimpanan data dan rekod pelajar
ii) Urusan Kewangan:
Mengadakan perkhidmatan berkaitan dengan urusan pinjaman
iii) Kebajikan Dan Disiplin:
Memberi bimbingan tentang keperluan mematuhi arahan dan peraturan yang dilaksanakan di Politeknik Besut. Tindakan tatatertib yang diambil adalah merujuk kepada Akta Institusi Pelajaran Malaysia (Tatatertib) Akta 174 dan Peraturan Am Politeknik.
iv) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP):
Jawatankuasa ini dianggotai sepenuhnya oleh pelajar. Ia merupakan sebagai perantara diantara pelajar dengan pihak pengurusan Politeknik Besut bagi menyampaikan sebarang pendapat, cadangan atau komen yang boleh membantu menambahbaik persekitaran dan suasana pembelajaran di Politeknik Besut. Jawatankuasa ini juga memainkan peranan utama dalam merancang dan melaksanakan aktiviti akademik, riadah dan kebajikan pelajar.
- V) Penyelaras Aktiviti Pelajar
Mengawal selia segala aktiviti yang berkaitan dengan pelajar yang berlangsung dari semasa ke semasa