PENGENALAN

 

Unit Peperiksaan Politeknik Besut Terengganu bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi:

  • menyelaras aktiviti penyediaan soalan peperiksaan;
  • menyelaras aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir [merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPP];
  • menyediakan tempat dan segala peralatan peperiksaan yang diperlukan;
  • mengeluarkan arahan, peraturan dan pekeliling peperiksaan serta memastikan arahan tersebut dipatuhi;
  • menjaga keselamatan bank soalan;
  • memproses keputusan dan mengumumkan keputusan penilaian;
  • menyediakan sijil/diploma kepada lulusan, dll