PENGENALAN

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) adalah jabatan yang berdimensikan kepada kreativiti dan penciptaan produk. Penciptaan baru atau lama menjadi sumber idea kepada pelajar menhasilkan sesuatu inovasi dengan bimbingan para pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi melalui teknologi terkini. JRKV ditubuhkan pada 2018 bermula dengan dua (2) program utama iaitu Diploma Rekabentuk Fesyen Batik  dan Diploma Industri Kraf

Diploma Rekabentuk Fesyen Batik adalah program yang melibatkan rekabentuk fesyen, rekabentuk batik dan pembuatan pakaian. Program ini juga menggabungkan penyelidikan visual dan teori dalam pengolahan rekabentuk fesyen dan batik yang merangkumi sejarah, lukisan, reka bentuk, pengeluaran, tekstil dan amalan perniagaan. Program ini akan menggabungkan fesyen kontemporari dengan batik Malaysia untuk mengkomersialkan dan menarik pengguna muda ke arah rekabentuk fesyen batik. Program ini juga menggalakkan pelajar untuk membangunkan keperibadian dan daya maju komersil untuk menyediakan mereka sebagai usahawan menjadikan platfom utama sebagai kerjaya.

Diploma Kraf Industri mendedahkan pelajar kepada prinsip dan proses merekabentuk produk berasaskan kayu dengan pendekatan tradisional dan moden dalam rekabentuk, dari teknik asas kerja kayu dengan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD) dan pengeluaran. Program ini disusun secara sistematik untuk memelihara warisan kraf kayu tradisional disamping menerapkan kaedah kontemporari reka bentuk mengikut amalan industri global. Melalui program ini, pelajar akan memperoleh kemahiran yang penting bukan sahaja dalam rekabentuk kraf dan perabot tetapi juga interpersonal dan kemahiran keusahawanan yang akan meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan dalam industri kraf perindustrian yang mencabar dan berdaya saing pada masa kini. Graduan daripada program ini disasarkan untuk membekalkan tenaga kerja separa mahir dan kreatif untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport kraf dan perabot terkenal.