Bantuan

Perkongsian maklumat adalah kumpulan jawapan yang dikategorikan untuk soalan lazim (FAQ) dan artikel. Anda boleh membaca artikel dalam kategori ini atau memilih subkategori yang anda minati.



 Cara format PC dengan Windows 7

Solution

Memformat PC antara aktiviti yang kerap dilakukan oleh orang ramai. Antara sebab PC memerlukan format semula kerana prestasi yang kurang memberangsangkan, jangkitan virus komputer dan lain-lain.

Untuk pos kali ini saya akan menunjukkan cara teringkas untuk memformat PC anda kembali seperti baru.

Sebelum memulakan aktiviti format, harus diingat segala data yang anda ingin (gambar, dokumen dsb) haruslah disimpan dalam External Hard Drive terlebih dahulu kerana perbuatan memformat PC boleh menghilangkan kesemua data di dalam PC tersebut!

Anda perlukan:
1. Installer Windows 7 (dalam bentuk CD / Pendrive)
2. PC yang bakal diformat.

Cara-caranya:
  • Masukkan CD installer Windows 7 ke dalam tempat CD komputer / laptop
  • Hidupkan komputer anda dan tekan F2 untuk masuk ke BIOS.
  • Pilih ‘Boot Manager’ untuk memilih boot menerusi CD/DVD.
  • bios 1
  • Tekan ‘ENTER’ pada CD/DVDbios 2
  • Mesej seperti ini akan terpapar. Tekan apa-apa butang untuk teruskan.boot dari cd
  • Sesampainya di skrin mula, pilih opsyen mengikut citarasa anda. Sebagai contoh, saya tukar ‘Time and Currency Format’ ke English (Malaysia). Tekan ‘Next’ sesudah itu.main page install win 7
  • Tekan ‘Install Now’ untuk memulakan install.install now
  • Sedikit terma dan syarat-syarat Windows 7. Selepas membacanya dan bersetuju klik pada kotak ‘I accept the license terms’ dan teruskan.license agreement
  • Untuk opsyen berikutnya pilih ‘Custom (Advanced) untuk install Windows 7 yang baru.upgrade atau custom
  • Pilih satu lokasi untuk menginstall Windows 7.seksyen memilih tempat install. auto format
  • Akhir sekali, installer akan mengambilalih tugas dan mula menginstall Windows 7 pada komputer anda. Tunggu.install berjalan
  • Komputer anda akan reboot dengan sendiri.notis auto restart
  • Sesudah reboot, anda diminta memasukkan nama anda dan nama komputer anda.masukkan nama user dan nama pc
  • Anda digalakkan menetapkan password disini. Boleh juga tinggalkan kosong.masukkan password
  • Untuk product key, anda bebas untuk memasukkannya kemudian atau sekarang.masukkan product key windows
  • Kami galakkan anda memilih opsyen pertama untuk memastikan PC anda sentiasa mendapat perlindungan terkini dari Windows.prompt untuk install update
  • Rebiu tetapan masa anda di sini. Pastikan ia mengikut waktu tempatan anda.tetapan masa
  • Akhir sekali, pilih dari tiga tetapan network yang ada. Sekiranya anda berada di dalam rumah boleh ambil opsyen pertama. Jika berada di pejabat ambil opsyen kedua dan akhir sekali sekiranya anda di tempat umum / menggunakan WIFI orang lain ambil opsyen ketiga.pemilihan network
  • Selesai, selamat datang ke Windows 7muka depan windows 7

Demikian tadi serba ringkas cara untuk memformat komputer anda ke Windows 7.

 
Was this article helpful? yes / no

Article details

Article ID: 9

Category: ICT

Rating (Votes): Article rated 4.4/5.0 (7)

 
Powered by Help Desk Software HESK, in partnership with SysAid Technologies